Tuesday, September 18, 2012

Memasang Android SDK (ADB Drivers) di WindowsPC

Assalammualaikum..
Sekiranya anda ingin root telefon android anda atau pun ingin unlock bootloader juga ingin mencuba custom rom,hendak atau tidak anda mesti memasang ADB Drivers (Android Debugging Bridge) di pc anda kerana segala peralatan(software) banyak menggunakannya.Mari kita lihat cara-caranya…
1) Muaturun Android SDK terbaru dari Google.
2) Setelah selesai muaturun Android SDK,double click untuk install…pastikan directory di C:\android-sdk.
3) Masuk C:\android-sdk..klik SDK Manager dan pilih hanya..
Android SDK Tools
Android SDK Platform Tools
Google USB Driver Package, Revision XX (XX pilih yg tertinggi)

4) Klik continue dan ikut arahan yang di berikan sehingga semua packages terinstall hingga selesai.
Untuk memeriksa adakah Android SDK dah di pasang di pc anda?
1) Di telefon android anda..masuk setting>applications>development>tandakan usb debugging.
Jika telefon android anda telah upgrade ke Android 4…masuk setting>developers option>tandakan usb debugging.
2) Cucuk usb kabel di telefon ke pc anda..biarkan windows install drives dulu hingga selesai.
3) Di pc..tekan menu (start)>komputer>C>android-sdk>platform-tools.Tekan & tahan(hold) kekunci Shift di keyboard dan right klik kat mana-mana ruang kosong di dalam folder platform-tools tadi dan pilih open command window here ..tetingkap cmd prompt akan di buka.

4) Taip adb devicesdi dalam command prompt tadi selepas c:\android-sdk\platform-tools\ dan enter.
5) Anda akan dapati ada serial number di bawah c:\android-sdk\platform-tools\adb devices
Itulah serial number telefon android anda dan anda telah berjaya.


No comments:

Post a Comment