Tuesday, September 18, 2012

Partition KadSD Dengan MiniTool Partition Wizard

Assalammualaikum…
Setelah beberapa lama anda memakai telefon Android,satu hari pasti anda akan mengalami situasi berkurangan memori internal.Untuk mengatasi masaalah ini,anda boleh menggunakan Link2SD,Apps2SD dan yang sewaktu dengannya untuk memindahkan applikasi yang boleh di pindahkan ke memori kad SD.Tetapi anda mestilah terlebih dulu memPartiton kad SD anda ke format ext.Supaya sistem Android boleh membaca program-program di kad SD.
Mengapa perlu menukar format ke ext?Kerana sistem Android berasaskan sistem Linux dan ext adalah default format partition dalam sistem Linux.Windows anda takkan dapat detect partition ni walaupun dia ada sebenarnya.
Cara1:- Guna MiniTool Partition Wizard
Sebelum apa-apa, backup/copy segala data dalam SD kad sebagai langkah berjaga-jaga
1) Download MiniTool Partition Wizard Home edition dan install ke pc.
2) Sambungkan kad SD ke pc/laptop.
3) Run : MiniTool Partition Wizard Home Edition
Lihat Drive J: yang berformat FAT32.Inilah kad SD anda.(Drive bergantung kepada pc masing-masing)
4) Pergi ke Drive kad SD,right klik dan pilih Move/Resize.
5) Adjust arrow yang di sebelah kanan,dan lihat Unallocated Space After.Tarik kekiri untuk membuat partition mengikut kehendak anda.Recommended ratio fat/ext4 ialah 10%.Contoh:kad SD 4GB,ext4 400MB-500MB.Gambar contoh hanya 2GB,jadi cukuplah 200MB-300MB.Klik OK.
6) Anda akan dapati di hujung Drive J: ada (Unallocated)247MB.Right klik dan pilih Create.Akan popup warning,jangan panik…tiada masaalah,(Do you want to continue?).Tekan Yes.
7)Create seperti gambar di atas.Isikan Create as: dan File System:.Klik OK.
Seterusnya klik APPLY dan tunggu hingga selesai.
Anda telah berjaya membuat partition kad SD.

No comments:

Post a Comment