Tuesday, September 18, 2012

Tutorial Install Custom Rom

Assalammualaikum…
Di sini saya ingin paparkan serba sedikit cara-cara meng’install’ custom rom di Xperia Neo.Sony telah meletakkan satu system security key pada setiap telefon Android mereka untuk warranty dan dengan system security keytersebut kita tidak akan dapat mencuba kebanyakan custom rom yang di sediakan developers di luar sana seperti SE Tweak Rom,Miui 4 Rom,Team Xperia Rom,MooDeD ICS Rom dan banyak lagi.Seperti yang telah di nyatakan,sekiranya ingin mencuba segala custom rom tersebut,kita terpaksaUnlock Bootloader Xperia Neo.Langkah ini akan mengakibatkan kita kehilangan waranty dari Sony.Ada juga custom rom yang tidak memerlukanUnlock Bootloader,tapi tidak banyak.Tutorial ini hanyalah untuk Unlock Bootloader.Jika tidak kisah akan waranty tersebut,sila terus membaca……
Untuk Unlock Bootloader,terus ke sini dan baca langkah-langkahnya:-
http://unlockbootloader.sonymobile.com/
(Sila simpan Neo Unlock Key untuk di gunakan di kemudian hari)
Setelah di Unlock Bootloader,sekarang masanya untuk flash custom rom pilihan anda.Setiap custom rom tersedia kernel yg di perlukan untuk running custom rom tersebut.Kebanyakan kernel tersedia CWM Recovery.Jika tersilapkernel akan mengakibatkan bootloop.Dan custom rom hendaklah di copy/paste ke sdcard terlebih dulu(tanpa buat folder).
Kernel Dan Custom Rom:-
http://www.facebook.com/groups/211327972301634/doc/215211681913263/
Setiap kernel perlu di flash melalui fasboot mode.Ini boleh di lakukan di folder Android sdk yang di muaturun ketika Unlock Bootloader tadi.Caranya masuk ke folder android sdk>platform-tools..di mana fastboot.exe danboot.img(kernel) berada…(paste boot.img ke folder ini).Halakan mouse di empty space di folder tersebut dan tekan shift + right click,pilh open command windows here.
Tutup Neo dan buka Neo di dalam fastboot mode dengan cara tekan menu + sambung usb(led biru).
Di command prompt taip fastboot flash boot boot.img (boot.img boleh berubah mengikut nama kernel).Tekan enter.

Setelah selesai,keluar dari command prompt dan cabut usb.Buka Neo dalam cwm recovery dengan cara tekan power dan tekan volume down berulang-ulang(rapidly).
CWM Recovery
-wipe data
-wipe cache
Mount and Storage
-format cache,format system,format sd-ext
Advanced
-wipe dalvik-cache
Install zip from sd>pilih custom rom>install
Bismillah…
Reboot
Semoga Berjaya…
………………………………..DWYOR…………………………..

No comments:

Post a Comment